Selawat dan salam ke atas junjungan besar Muhammad saw
kaum keluarga
dan sahabat-sahabat baginda.
Pagi ni Rz lebih senang dengan warna hijau.
Lebih sejuk mata memandang.
Setiap kali berblogging tak ada topik khusus yang difikirkan dari awal.
Hanya setelah menekan huruf-huruf di keyboard, spontan apa yang nak ditulis pun menjelma.
Hari ni Rz nak bercakap tentang hati perut.
Harap-harap bukanlah satu topik yang berat.
Rz pun malas nak fikir benda-benda berat awal pagi ni.
Hati perut ni adalah sifat atau sikap seseorang.
Dah check atau belum, hati perut kita macam mana???
Dalam kategori mana???
Apa grednya???
Susahkan nak tengok hati perut sendiri.
Apatah lagi hati perut orang lain.
Rasanya masih ada cara untuk check hati perut sendiri.
Ingat-ingat semula, falshback.
Selama ni bila ada orang lakukan kejahatan pada kita apa reaksi kita???
Marah dan sakit hati memang tak dapat dinafikan.
Alasannya sebab kita adalah manusia biasa.
TAPI
Macam mana cara kita kendalikan marah???
Ramai orang tewas apabila diri atau keluarganya disakiti atau dianiaya.
Mereka tak akan ambil peduli dengan nasihat atau pandangan orang lain agar tak membalas balik kejahatan dengan kejahatan.
Mereka kata berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.
Peribahasa tu ada benarnya.
Cuma jangan dijadikan sebab untuk kita jadi lemah.
Membalas kejahatan dengan kejahatan adalah sifat orang yang lemah.
Bila sedang marah kita selalu lupa apa yang berlaku tu adalah ujian dari ALLAH.
DIA sedang menguji kita melalui kerenah-kerenah manusia yang lainnya.
DIA nak tengok sebanyak mana tahap kesabaran kita.
DIA nak tengok reda atau tidaknya kita.
DIA nak tengok macam mana cara kita mengawal nafsu amarah.
Ramai orang menganggap mereka sebagai orang yang beriman tapi mereka seolah-olah tak nak ALLAH uji.
Kemudian tanpa sedar mereka pun mencari-cari jalan macam mana nak membalas balik semua kejahatan.
Hingga terkadang ada yang tak teragak-agak gunakan sihir atau ilmu hitam.
Selalu dengar orang kata, "sekali orang baik dengan aku, seribu kali aku baik dengan orang. sekali orang buat jahat dengan aku, seribu kali aku boleh buat kat orang."
Rugi kan siapa ada pendirian macam tu.
SEBABNYA
ALLAH uji sebab DIA sayang kita.
Tak suka ke ALLAH sayang???
ALLAH uji mungkin DIA nak naikkan sedikit darjat kita.
Tak nak ke keistimewaan tu???
ALLAH uji sebab nak tengok kesabaran kita.
Supaya mudah kita memimpin diri sendiri.
Sebelum memimpin keluarga dan masyarakat atau negara.
Sebelum memimpin keluarga dan masyarakat atau negara.
ALLAH uji sebab nak melembutkan hati kita.
Supaya kita saling menyayangi dan jauhkan permusuhan.
Ingat, sikap ingin berbalas-balas adalah salah satu sebab kenapa umat ISLAM berpecah belah dan jauh ketinggalan berbanding bangsa-bangsa lain.
ALLAH uji sebab nak kuatkan dalaman kita.
Supaya kita akan mampu lalui dugaan yang lebih besar lagi.
ALLAH uji sebab nak beri sebanyak-banyaknya pahala.
Untuk menambah berat timbangan amal baik di akhirat nanti.
ALLAH uji sebab nak kita terus berjuang mengawal nafsu.
Supaya kita akan mampu berjuang untuk agamanya.
MAKA
Jadilah seorang yang pemaaf.
Orang yang mudah memaafkan adalah orang yang mulia.
Jiwa mereka besar.
Dada mereka lapang.
Hati mereka tenang.
ALLAH akan lebih dekat dengan mereka.
Contohilah sifat-sifat Rasulullah yang terpuji, penyayang dan selalu memaafkan.
Bila kita tak mampu nak berbuat banyak untuk agama ALLAH, lakukanlah yang sedikit kerana ALLAH tetap akan nilai dalam kitab amal.
Hanya satu perkara yang agak berbeza.
Jika mereka itu melakukan kejahatan dengan memperlekehkan, menghina dan mempersenda ISLAM, kita mesti bangun menentang.
Berjuang dan berjihadlah di jalanNYA yang benar.
Hanya satu perkara yang agak berbeza.
Jika mereka itu melakukan kejahatan dengan memperlekehkan, menghina dan mempersenda ISLAM, kita mesti bangun menentang.
Berjuang dan berjihadlah di jalanNYA yang benar.
MARILAH KITA BELAJAR MEMAAFKAN.
WASSALAM.
2 ulasan:
apa benda yang bertanduk dan meloncat sana sini tuuuu...ehhh seram nehhh....jgn marah...hehehe
tu nafsu marah...huhuhu
Post a Comment