Followers

Wednesday, December 7, 2011

Bodoh Dan Pandai...ihihihi.




Assalamualaikum
Selawat ke atas Rasulullah
kaum keluarga
dan sabahat-sahabat baginda.


Macam tak percaya pulak aku dah mula jatuh cinta kat blog ni.
Sampai tak lena aku tidur malam tadi.
Nak kata cinta setengah mati tu nampak sangatlah bohongnya.
Tapi siyeslah aku susah nak tidur malam tadi.
Dok fikir apa nak isi kat blog pepagi ni.
Hmm, sampai la ni masih tak jumpa benda yang sesuai nak tulis....hahaha, auta je lebih aku ni.

Sorry ya aku pakai ayat pasar je.
Bukan apa, hari-hari dah menulis guna bahasa standard.
Kat blog ni le tempat aku lepas geram.
Tak apa kan nak huha pun kat sini.
Bukan ada orang dengar pun....hehehe.






Tengah cari pic kuning ni terfikir pulak aku nak tulis tentang BODOH dan PANDAI.
Dengan erti kata lain kalau orang yang tak bodoh maknanya dia pandai.
Camtulah jugak sebaliknya.
Nilah jelah yang aku mampu tafsir pasal bodoh dan pandai.
Agaknya sebab aku ni memang tak berapa pandai.
Ooppsss....bukan bodoh tau....huhuhu.

Sepertimana aku tak pernah terfikir aku ni cantik ke tidak walaupun ramai kata aku ni bolehlah tahan....wahaha, memang tak sedar diri aku ni.
Macam tu jugaklah aku tak pernah terfikir aku ni bodoh ke pandai.

Macam nilah,
Bagi aku, nilaian aku mudah je sebab ada masa aku jadi orang yang paling malas nak berfikir.
Jadi, bagi aku pandai tu bila kita tau bezakan mana yang baik dan mana yang buruk.
Pandai tu bila kita tau apa yang kita nak pilih.
Pandai tu bukan cuma letaknya kat segulung degree, PHD dan yang sewaktu dengannya.
Pandai tu kita guna otak dan akal kita untuk berfikir dengan semaksimanya.
Dengan ertikata lain pandai bukan sekadar apa yang diiktiraf di atas sekeping kertas.
Huwaaa, napa lepas aku tulis ni aku rasa tergolong dalam spesis yang kurang pandai?
Sebabnya aku tak ada degree dan semua2 tu....huhuhu.
Tapi aku jelaskan lagi, aku tak BODOH tau....hehehe, ni kes nak pujuk hati sendiri.





Bagus jadi orang pandai ni.
Yang tak bagusnya orang yang suka memandai-mandai.
Apa kata kali ni aku siyes sikit?

~♥~ Orang yang berilmu tidak akan mencanangkan kebijaksanaannya tetapi dia akan lebih banyak berdiam diri sambil memerhati. Terkadang tampangnya seakan seorang yang kurang bijak tetapi mindanya begitu sarat dengan pelbagai perkara yang berguna dan memberi kebaikan kepada ramai orang. ~♥~

*Moralnya, jangan menilai orang yang kelihatan 'bodoh' itu sebagai seorang yang dungu kerana anda tidak tahu apa yang ada di dalam dada dan pemikirannya...... pesanan ikhlas dari Raihan Zaffya.*
 
Ni yang aku malas nak siyes ni, bahasa mesti jadi bahasa standard.
Tulisan biru ni pun napalah dah jadi lain, beza sikit dengan kat atas tu?
Spacing pun dah larilah.
Aduyai kan aku dah kata, aku memang kurang pandai.
Lebih-lebih lagi dalam bab blog ni....haisshh, lemah aku.
Tapi tak bermakna aku ni BODOH kan kawan-kawan....kan, kan....sooobbss.
Sebelum aku merapu lebih banyak lagi.
Sebelum ada yang cebik kat aku ni.
Udah-udahlah ya.
Sampai sini jelah aku cakap pasal BODOH dan PANDAI walaupun yang banyak aku sebut tu hak PANDAI je.
Jadi pandai-pandailah nak takrifkan BODOH tu pulak camne.
Mudah je, BODOH tu mestilah berlawanan dengan pandai.
Walaupun apa yang aku tulis pagi ni banyak merapunya je tapi aku dah hepikan diri aku sendiri awal pagi ni.
Jangan harapkan orang lainlah kalau kita nak rasa hepi.
Kita buat je sendiri untuk diri kita....betul tak?
Tiba-tiba terasa PANDAI sikit pulak aku lepas cakap camtu....hahaha.
Issshhh2....aku ni tak boleh dibagi muka, nanti makin menjadi merapunya.
Okeylah aku sudahkan kat sini je.
Adiooossss....muaahh.
 
 









0 ulasan:

 
Copyright suara hati... 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .