Salam pagi Selasa yang mudah-mudahan diberkati Allah selalu......
Selawat dan salam untuk Rasulullah saw, kaum keluarga dan para sahabat baginda....
Kalau pada n3 yang lepas aku membicarakan tentang anak derhaka, hari ini aku nak berkongsi pendapat tentang salah satu punca yang membuat anak-anak menjadi derhaka....
Ini pengalaman yang paling tak menarik bagi aku....
Tak terniat untuk membuka aib sesiapa tapi aku nak jadikan ia sebagai satu iktibar untuk kita bersama....
Juga aku nak memperingatkan dengan title emak, ibu, umi, mama dan sebagainya bukanlah menjadi satu tiket untuk kita berbuat apa saja terhadap anak yang dikandung 9 bulan 10 hari....
Kuasa veto itu bila diguna pakai pada tempat yang salah maka pincanglah jadinya....
Memanglah syurga tu di bawah telapak kaki ibu tapi itu tetap tak boleh dijadikan alasan untuk si ibu itu 'bermaharajalela'....
Jangan jadi seperti ombak yang ganas hinggakan anak tak akan berasa selamat di sisi seorang ibu....
Amat tak menyenangkan bila telinga ni selalu mendengar makian dan herdikan seorang jiran terhadap anaknya....
Berdesing rasanya....
Anak-anak yang masih kecil takut nak melawan, jauh sekali menangis....
Kalau menangis lain pula dendanya....
Percaya atau tidak bila si ibu marah, macam2 perkataan keluar dari mulutnya....
Si anak perempuan yang masih tadika diherdik sesuka hati waimah bila melakukan kesalahan paling kecil sekali pun....
Ayat "lebih baik jadi s*****lah kau ni!!!" dah jadi biasa....
Siapa yang s***** sebenarnya???....
Bukan ke awal2 lagi si ibu dah mendoakan anaknya jadi begitu....
Kata2 ibu tu doa, bak kata orang tua2 masih ucapan ibu nih....
Ditakdirkan itulah yang jadi pada anak masa akan datang, salah siapa???....
Tonasi suara si ibu selalu buat aku tersentak....
Marahkan anak mesti menjerit nyaring, dah le ayat2 tu nauzubillah....
Tegak bulu roma aku....
Kadang2 bila si anak lapar, ibu marah juga....
"Eh! asyik lapar je! aku bagi makan daging b*** nak tak? Tu suai tuk kau!"....
MasyaALLAH kalau tak dengar dengan telinga sendiri mesti orang tak akan percaya seorang ibu sanggup keluarkan kata2 sebegitu....
Orang lain yang dimarahi aku yang rasa nak menangis....
Kesian, sedih, geram semuanya ada....
Kadang2 rasa nak masuk campur atau nak ambil anak kecil tu....
Tapi risikonya besar....
Bakal ada perang dunia ketiga le jawabnya....hehehe....
Macam2 lagi perkataan yang tak sedap didengar dihadiahkan tuk anak2 kecil tu....
Bayangkan kalau setiap hari disebut oleh ibu yang 'masin' mulutnya, apa akan jadi???....
Banyak kemungkinan, antaranya....
*Anak akan jadi rendah diri dan tak ada keyakinan....
*Akan makan hati dan memendam rasa....
*Akan memberontak dan bersikap kasar bila besar....
*Akan alami kelainan jiwa akibat tekanan2....
*Paling bahaya kalau ada rasa dendam dalam diri mereka....
Bila dendam dah mula berputik ia akan terus berakar umbi....
Dalam senyap ia bergerak seiring usia yang meningkat....
Dendam tu akan membara dan akan dibayar bila si ibu dah tua....
Ketika itulah tanpa sedar misi pun akan terlaksana....
Si anak tidak akan menghiraukan si ibu yang dah uzur dan semakin tua....
Mulailah si ibu diabaikan, tak diambil tahu atau dihantar ke rumah orang tua2....
Mulailah juga si ibu mengeluh kerana anak yang sudah dewasa akhirnya menjadi anak derhaka....
Persoalannya siapa dulu yang derhaka???....
Jadi apa lagi yang nak disesalkan, nasi dah pun menjadi bubur....
'Kemasinan' mulut ibu dah pun terbukti....
Jangan pula nanti si anak melakukan hal yang sama kepada anaknya setelah berkahwin nanti....
Sudahnya keadaan yang sama akan terjadi dan sejarah tetap akan berulang lagi....
Maka membahanglah dunia dengan ramainya anak2 derhaka....
Ingat! Ibu bapa mencorakkan anak2 untuk menjadi Yahudi, Nasrani dan Majusi....
Anak tu adalah saham....
Tuaian untuk kita di akhirat....
Asuh dan didiklah mereka baik2....
Jangan sesal kemudian yang dah tak akan ada gunanya....
WASSALAM....
1 ulasan:
Doa yang paling mustajab adalah doa bapa kepada anak2nya... doa itu merupakan doa yang baik2, jadi bapa perlu sering mendoakan anak2nya menjadi baik, menjadi soleh/solehah (ada terdapat dalam 300 hadis)
Dan doa ibu pula akan cepat mustajab atau cepat dimakbulkan sekiranya dia mendoakan perkara2 yang tidak baik, perkataan yang tidak baik akan dimakbulkan tanpa ragu2... justeru itu, ibu perlu sentiasa mengawal mulutnya agar tidak terkeluar perkataan yang bukan2
Post a Comment