Followers

Saturday, May 21, 2011







ASSALAMUALAIKUM

Agak berasa berdosa telah membiarkan blog ini sepi tanpa dijengah. Jadi konon-kononnya nak menebus baliklah kesilapan tu. Tak ada topik yang difikirkan waktu membuka blog ni tadi. Hanya kemudiannya barulah terfikir tentang sesuatu.
Ia bukanlah topik baru
Ia sudah selalu diperkatakan
Ia sesuatu yang amat menakutkan
Ia juga satu ancaman yang paling besar
Tidak tahu akan adakah kesudahannya
Kalau ada, bila? cara yang bagaimana? mampukah?

Apa yang dimaksudkan dengan kata-kata di atas? Tak perlulah nak berkias-kias. Sekali pandang macam iklan pun ada juga. Itulah aku yang kononnya seorang novelis. Dengan blog ni aku selalu kalah. Selalu kehilangan kata-kata. Bingung nak menyusun ayat. Hmm abaikan saja. Yang penting apa yang nak disampaikan tetap aku sampaikan.

Aku takut sebenarnya
Kalian semua pun mugkin sama
Takut pada apa?
Takut pada segala macam kerakusan dunia
Takut pada manusia yang hilang kemanusiaannya
Takut pada hukum karma yang mengintai bila-bila saja

Kenapa aku dan kalian takut?
Kerana ini.........


Kerana ini.........


Kerana ini.........


Dan begitu banyak lagi kerana, kerana, kerana dan kerana. Tiada kesudahannya. Tiada jalan keluarnya. HANYA SATU yang mampu kita semua lakukan. KEMBALI KE JALAN TUHAN.
Kita tak akan pernah mampu untuk mengubah dunia
Kita tak akan mampu mengubah orang lain seperti yang kita mahu
Kita tak akan ada upaya membendung semua yang kita takuti 
Kita juga akan berterusan gagal untuk melihatnya berhenti
Kerana ia akan sentiasa berulang lagi, lagi, lagi dan lagi

Berbuatlah semampu kita. Bermulalah dari rumah. Kerana rumah yang bahagia adalah syurga dunia. Rumah yang harmoni tak akan mudah ditinggalkan dan dilupakan bagaimana cara asuhan di dalamnya. Ia akan terpahat di hati. Awasi dan didik anak-anak kita semasa rebungnya lagi. Kemudian keluarlah ke lingkungan yang sedikit besar. Tegurlah ahli keluarga. Nyatakan yang salah sebagai salah. Tunjuki jalan benar. Berkasih sayanglah dalam beragama. Lakukan kerana ALLAH.

Andai mampu keluarlah lagi ke lingkungan yang lebih besar. Mainkan peranan dalam masyarakat Bersatu hati, tegur menegur. Imarakkan musolla dan masjid-masjid agar terikat hati-hati manusia kepada pautan ALLAH. Dekati remaja bermasalah yang kita kenali. Dasari ke hatinya, bertanya kepada mereka apa mereka mahu. Apa mereka cari. Bantu mereka mencari jalan keluar. Jangan hina mereka. JANGAN SEKALI-KALI!!!

Kerana apa?

Kerana mereka sedang keliru
Kerana mereka dalam krisis identiti
Kerana mereka sedang mencari jati diri
Kerana mereka rasa diabaikan
Kerana meraka rasa tidak dihargai
Kerana mereka sedang berontak
Kerana, kerana, kerana dan banyak lagi kerana

Remaja, dewasa dan warga tua tidak segan-segan melakukan dosa. Dosa demi dosa. Dosa di atas dosa. Tidak dapat dibendung. Tidak dapat dihentikan. Hanya SATU jalan yang kelihatan. Kembali pada ALLAH. Kembali pada AL-QURAN dan AS-SUNNAH. InsyaAllah jalan terang akan terbuka luas. Yang hitam dapat diputihkan. Yang keruh dapat dijernihkan. Asal saja UMMAH sudi berganding bahu. Tetapi entah bila? Entah bagaimana cara untuk UMMAH bersatu. Sama-samalah kita renungkan.





WASSALAM


 

Tuesday, May 17, 2011





ASSALAMUALAIKUM 

DAH LAMA SANGAT RASANYA TAK MENJENGAH KE BLOG NI...................HUH DAH BERSAWANG NAMPAKNYA. NAK KATA BZ TU TAKDE LA PULAK. CUMA ADA SAKIT 'M' JE SIKIT NAK JENGAH...HIHI. TAKDE IDEA NAK TULIS DI BLOG.

HMM, APA YA NAK BUAT...HAAHH! NAK SHARE SESUATULAH DI BLOG YANG KURANG GLAMOUR NI. JENG JENG JENG....

INILAH DIA 'PAGE RAIHAN ZAFFYA' DI MANA KOMEN-KOMEN TENTANG NOVEL 'KASIH KE SYURGA' DAN 'MENANTI FAJAR SIDIK' DIHANTAR KE PAGE INI.

http://www.facebook.com/update_security_info.php?wizard=1#!/pages/Raihan-Zaffya/188110974552314

ALHAMDULILLAH TAHUN INI NOVEL-NOVEL RAIHAN ZAFFYA DAH MULA MEMASUKI KEDAI-KEDAI KECIL, AGAK BERBEZA DARI TAHUN SEBELUMNYA. PADA SESIAPA YANG INGIN MELANGGAN SECARA ONLINE BOLEH MENGHUBUNGI MELALUI INBOX KE:


SETIAP PEMBELIAN AKAN DIPOS DENGAN KADAR SEGERA BESERTA SEDIKIT CENDERAMATA DARI RAIHAN ZAFFYA.

PESAN SEGERA.

INI

 

DAN INI






BANYAK PENGAJARAN, PADAT DENGAN MESEJ, MENDIDIK MINDA DAN JIWA, APA-APA PUN BELI DAN BACA DULU BARU TAU. PENULISNYA TAK BOLEH KOMEN LEBIH-LEBIH. TAKUT MASUK BAKUL ANGKAT SENDIRI....HEHEHE.

ADIOOSSS...
WASSALAM.
 
Copyright suara hati... 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .