Followers

There was an error in this gadget

Tuesday, December 6, 2011

Anugerah- Nur Damia Sakinah ( Dunu Dunu Damia )





Assalamualaikum wbt.
Selawat dan salam kepada junjungan Rasulullah saw
Para isteri, kaum keluarga dan sahabat-sahabat baginda.

Alhamdulillah setelah mencuba berkali-kali untuk sign in ke blog ni akhirnya berjaya juga.
Al-maklumlah dah lama sangat tak berkunjung.
merajuklah agaknya kan...hehe...memang dah bersawang je.


Diam tak diam dah genap dua tahun anak sulungku pergi mengadap Ilahi.
Kadang-kadang kita tak sedar masa yang berjalan terlalu pantas.
Macam baru semalam arwah pergi tinggalkan aku.
Aku dah boleh terima takdir dengan berlapang dada.
Aku redakan semuanya.
Semoga rohnya dicucuri rahmat oleh ALLAH dan di tempatkan di kalangan orang-orang yang soleh....Amin.


Kali ni aku bukan nak bercerita tentang arwah.
Biarlah dia tenang dan bahagia di alamnya.

Apa yang aku nak coretkan adalah tentang Dunu dunu Damia.
Nama penuhnya Nur Damia Sakinah.
Teman fbku yang menggelarnya Dunu dunu...hehe

Kehadiran Damia macam satu mimpi.
Tanpa dirancang dan tanpa diduga.
Mungkin ini anugerah ALLAH buat aku
DIA telah melihat dan mendengar betapa 'seksa' dan 'sakitnya' aku setelah kehilangan orang yang paling akrab dengan aku.
Hampi je aku jadi nanar kalau aku tak yakinkan diri pada ketentuanNYA.

Selama hampir setahun lebih jatuh bangun emosiku memang manakutkan.
Aku sendiri jadi takut sebab kadangkala aku macam dah tak kenal diri sendiri.
Puas aku melawan, aku merayu dan merintih pada DIA.
Aku berjuang mati-matian untuk mendapatkan diri aku kembali.
Perlahan-lahan dan bertatih-tatih aku bangkit lagi.
Alhamdulillah aku dah dapat terima hakikat walaupun ada masanya perasaan kurang baik tu akan datang sekali-sekali.
Bila ia datang aku jadi tak menentu.
Cuma bezanya aku lebih kuat, lebih tabah dan lebih bagus kawalan emosiku.


Berbalik pada Damia,
dia macam bulan jatuh ke riba.
Tak perlu aku ceritakan siapa Nur Damia Sakinah.
Cukup aku jelaskan dia seorang bayi kecil yang lahir tanpa secalit dosa.
Suci bersih macam kain putih.
Aku tak menjangka Damia akan jadi milikku,
langsung tak menduga.

Ia bermula dengan rasa belas kesianku pada seseorang.
Seseorang yang dalam kesusahan dan keperitan zahir dan batin.
Aku hulurkan tangan untuk membantu sebagai saudara seagama.
Entah kenapa aku seperti dapat menyelami derita batinnya.
Aku dapat melihat kesengsaraannya.
Dalam usia muda dia terbuang, tersisih dan terhina.
Tanpa sedar menitis air mataku melihat wajahnya.
Dia terlalu muda untuk ujian sehebat itu.
Tapi aku yakinkan dia, dia diuji sebab ALLAH sayang.
Aku peluk dia.
Dia menangis di bahuku.
Ah! sepatutnya aku pujuk dia lagi dan lagi tapi sebaliknya aku sama-sama menangis.
Memang air mataku jarang sangat nak dengar kata, degil!

Dia betul-betul bingung.
Tak tau macam mana baby yang bakal dilahirkan.
Aku tak dapat beri jawapan.
Kepalaku sarat, ada sedih, geram, kesian dan macam-macam.
Malam tu aku tak tidur semalaman.
Tergolek ke kanan dan ke kiri tapi sudahnya berjaga sampai pagi.

Aku nekad.
Aku ambil keputusan untuk ambil baby tu bila lahir nanti.
Entahlah, otak aku ni memang selalu banyak fikir.
Kalau boleh nak fikir tentang semua orang.
Atau satu dunia aku nak fikir.
Hahaha...teruk aku ni!
Tapi yang pasti aku dah terbiasa dan aku tak boleh nak elak atau nak ubah diri aku, apa nak buat kan.

Ya, aku nekad.
Sepatutnya nilah masa aku nak 'bermalas-malas' tanpa anak kecil. Masa untuk aku berkarya, masa aku nak bercuti sana-sini.
Tapi apalah nilaian tu semua dibandingkan dengan harga sebuah kemanusiaan.
Aku tak nak fikir orang lain.
Aku fikir diri aku sendiri.
Kalau aku tak buat, aku resah.
Tak senang duduk, serba tak kena.
Akhirnya bulat keputusanku.
Biarlah aku ketepikan benda-benda penting yang aku kata kat atas tu.
Walaupun dari mata kasar aku akan sedikit 'terbeban' dengan tugasan yang macam-macam tapi aku buat hanya sebab DIA.
DIA yang beri aku 'hati'.
DIA yang lembutkan hati aku.
DIA yang dah banyak beri kesenangan pada aku.
DIA juga nak uji aku dengan keadaan ni.
Paling jelas DIA sayang aku, kasihkan aku, cintakan aku sebagai hamba yang hina dan kerdil.
Dan
Setelah buat keputusan, DIA dah tetapkan hati aku.


Aku tunggu dengan sabar selama dua bulan.
Tanpa aku fikirkan ianya baby boy atau girl.
Putih atau hitamkah dia.
Comel atau takkah dia.
Sempurnakah sifatnya.
Aku tak kisah semua tu.
Yang pasti jawapannya cuma satu,
aku tetap akan ambil dia dan pelihara dia.

Puas menunggu lahir juga akhirnya.
Orang lain yang nak melahirkan aku yang berpeluh.
Berdebar, rasa tak menentu.

ALLAH Maha Besar.
Apa yang ditunggu tiba juga.
Aku tarik nafas lega, selega-leganya.
Baby cukup sifat.
Pertama kali pegang baby, terimbas masa arwah baru dilahirkan.
Terasa aliran damai yang susah nak diceritakan.
Satu perkara yang buat aku menangis lagi.
Wajahnya seiras arwah.
Dua lesung pipit kanan dan kirinya sama macam arwah.
Kuat menyusu macam arwah.
Satu kebetulan yang ajaib.
Ya, satu kebetulan.

Syukran ya ALLAH atas anugerahMU.
Syukran ya ALLAH.
Syukran.

InsyaALLAH aku akan asuh Damia sebaik mungkin.
Mohon ALLAH mempermudahkan perjalanan hidup Damia.
Semoga dia menjadi mujahidah solehah.
Yang sentiasa menjalani hidup di dalam landasanNYA.

Amin, Amin, ALLAH humma amin....



2 ulasan:

haniaiman said...

salam akak..sedih bila saya baca,
smoga akak tabah menangani perjalanan hidup.amin..

RYS AREESA NASIR said...

saya selalu emosi dengan cubaan di sepanjang jalan hidup dulu. tapi semakin usia berganjak, semakin mengenali kehidupan bersama ramai orang di sekeliling, saya cuba jadi kuat dengan mengenangkan segala yang diturunkan dalam cerita hidup manusia ini sebenarnya warna-warna untuk menjadi lukisan dalam sebuah kehidupan kekal kelak... saya selalu berfikir begitu, tidak tahulah kalau saya berada di tempat itu...

semoga sis tabah melalui warna-warna kehidupan ya...

 
Copyright suara hati... 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .