Selawat dan salam ke atas Rasulullah saw
Kaum keluarga dan sahabat-sahabat baginda.
Entah kenapa aku suka memilih merah untuk aku menulis kali ini.
Ada orang kata merah tak baik dijadikan pena.
Tapi aku malas nak percaya benda-benda macam tu.
Aku memilih merah atas beberapa sebab.
Mungkin sebab kecewa.
Mungkin sebab tak puas hati.
Mungkin sebab aku sedikit marah.
TAPI
Aku tak boleh marah yang dilandaskan syaitan.
Aku tak mau syaitan bertepuk tangan.
PALING PENTING
Aku tak suka tewas.
JADI
Aku nak pastikan yang aku tak akan tewas.
Aku perlu banyakkan Istighfar.
Perlu yakin DIA akan selalu ada untuk aku.
Perlu yakin DIA akan selalu ada untuk aku.
AKHIRNYA
Aku jadi lega.
Dada jadi lapang.
Aku boleh senyum lebar semula.
ALHAMDULILLAH
Walaupun tak akan pernah ada yang pujuk aku tapi aku selalu berjaya pujuk diri sendiri.
Semuanya sebab aku sangat yakin pada DIA.
MARAH???
Aku sendiri tak tau, kalau ia ditafsirkan sebagai marah mungkin aku sedang marah.
Entahlah, aku memang jenis banyak fikir.
Sukar fikirkan semua benda.
Tapi aku tak suka gunakan perkataan marah.
Mungkin lebih sesuai kecil hati.
Sayangnya aku tak tau dengan siapa aku perlu kecil hati.
Aku sedih.
Sangat sedih.
Mungkin aku bukan seorang ustazah, alim atau orang yang tinggi ilmu.
Aku juga tak mahir tentang Al-Quran dan Hadis.
Aku juga tak mahir tentang Al-Quran dan Hadis.
Aku cuma ada SUARA HATI.
Yang tak akan ada orang lain boleh dengar dan fahami.
Melainkan DIA.
Hanya DIA.
Aku nak cakap tentang jenama ISLAM.
Ramai orang takut, menjauh dan tak ramai yang cuba nak mendekati apa-apa saja yang berjenama ISLAM.
Jenama ISLAM dijauhi.
Jenama ISLAM ditakuti.
Sebilangannya tak berani ambil sedikit risiko untuk mendaulahkan jenama ISLAM.
Hingga kadang-kadang sanggup memusuhi apa-apa saja yang berkaitan dengan ISLAM.
Mereka takut terikat.
Mereka takut hilang kebebasan.
Mereka takut pemikiran akan jadi mundur dan kolot.
Mereka takut pemikiran akan jadi mundur dan kolot.
Sedangkan mereka lupa ISLAM itu sinarnya akan menyorot di sepanjang zaman.
ISLAM itu untuk duniawi dan ukhrawi.
ISLAM itu ad-din.
Sebaliknya mereka lebih gemar memilih untuk terus leka.
Mereka sengaja membuai perasaan.
Tenggelam dalam kemanisan dunia.
Mereka sengaja membuai perasaan.
Tenggelam dalam kemanisan dunia.
Terus-terusan ISLAM terpinggir.
Dimomokkan.
Difitnah.
Diperlekeh.
Diinjak-injak.
Diinjak-injak.
SUBHANALLAH.
Ketahuilah setiap yang berjenama ISLAM itu sentiasa mengajak manusia kepada kebaikan.
Mahu berpimpinan tangan mencari kemanisan hidup beragama.
Mahu mengajak saudara segama meninggalkan kemungkaran.
Mahu bergandingan tangan agar rahmatNYA akan selalu memayungi.
Mahu sama-sama bertatih melalui jalan-jalan yang sukar di jambatan dunia untuk menuju ke akhirat.
Mahu segala yang baik-baik menjadi santapan jiwa.
Mahu menyedarkan tidak akan ada agama yang lebih baik dan lebih benar selain ISLAM.
Mahu menyedarkan tidak akan ada agama yang lebih baik dan lebih benar selain ISLAM.
ISLAM amat lengkap dan segalanya terkandung di dalam kitab ALLAH yakni Al-Quran.
Yang mana bukan Al-Quran harus mengikuti kerenah manusia.
TETAPI
Manusia itu yang harus patuh akan apa-apa saja yang terkandung di dalam Al-Quran.
ISLAM bukan sekadar satu penjenamaan.
Ia agama yang mudah dan syumul.
Masuklah ke dalam ISLAM dengan sepenuhnya.
Bukan mengambil sebahagian dan membuang sebahagian yang lain.
Aku sedar aku pun bukan sebaik mana.
Masih terkapai-kapai dan tercari-cari satu titian yang teguh untuk aku berdiri.
Biarlah aku bergerak sendiri tanpa ada yang membantu.
Selagi ada DIA di sisi keyakinanku pasti teguh.
Seperti yang aku kata tadi aku cuma ada SUARA HATI.
SUARA HATIku mahukan ISLAM itu damai.
Dipelihara oleh umatnya.
Walau apa saja yang berlandaskan ISLAM.
Sokonglah.
Bantulah.
Martabatkanlah.
Martabatkanlah.
Daulahkanlah.
Kepada semua pendokong ISLAM.
Tidak kira.
Pendakwahkah kamu.
Pejuang ilmukah kamu.
Penggerak politikkah kamu.
Pejuang ilmukah kamu.
Penggerak politikkah kamu.
Pendidikkah kamu.
Penuliskah kamu.
Perajurit di perbatasankah kamu.
Mujahid mujahidahkah kamu.
JANGAN SESEKALI
Pernah jemu untuk berjuang.
Jangan pernah takut untuk kecundang.
Usah gentar dengan halangan dan ujian.
Teruskan usaha.
Titiskan peluh dan tenaga.
Walaupun terpaksa menumpahkan darah.
Jangan pernah berpaling.
Berjuanglah sama ada dengan lidah, dengan tenaga, dengan senjata mahu pun dengan mata pena.
LAKUKANLAH.
Walau dengan apa pun cara.
Walau dengan apa pun usaha.
Mungkin apa yang aku kata tak akan meninggalkan bekas kerana siapalah aku.
Hanya satu yang aku tahu.
Aku telah berkongsi SUARA HATI.
Dengan niat mahu menggerakkan mereka yang sedang tidur walaupun belum tentu mereka akan terjaga.
Mahu menyedarkan mereka yang sedang enak dibuai mimpi walaupun aku tak pasti adakah mereka lebih senang untuk terus berilusi.
SIAPALAH AKU.
Untuk mengubah mereka.
Wassalam.
2 ulasan:
Salam Kak raihan...dah lama tak jenguk Suara Hati..
Suka dengan entri akak ni..
Wassalam anum...terima kasih sudi intai-intai blog akak...
Post a Comment