Followers

Saturday, March 19, 2011

MARILAH SAMA-SAMA MEMBERI SOKONGAN KEPADA NOVEL NUR ALAF 21




Dewasa ini terlalu banyak lambakan novel-novel dari pelbagai genre yang berada di pasaran. Sehinggakan mungkin agak sukar untuk ulat-ulat novel atau hantu buku membuat pilihan. Raihan Zaffya sebagai salah seorang penulis novel telah memilih Novel NUR sebagai pemangkin dalam dunia penulisan. Buat masa ini dalam keadaan amat selesa untuk melahirkan karya-karya dalam konsep NUR. Mungkin saja sebab hati dan jiwa lebih ke arah itu. Alhamdulillah novel KASIH KE SYURGA telah mendapat sambutan yang menggalakkan dari peminat-peminat novel. InsyaAllah tidak lama lagi akan menyusul pula novel baru yang berjudul MENANTI FAJAR SIDIK. Mungkin akan terbit selewat-lewatnya sebelum KL Book Fair. Sangat teruja menantikan saat-saat itu tiba.



Sebagai salah seorang penulis NUR, Raihan Zaffya amat berharap agar pembaca dan peminat novel di luar sana tidak akan teragak-agak untuk memiliki senaskah novel NUR untuk setiap bulan. Tidak rugi membelinya kerana terdapat banyak pengisian untuk roh diselitkan dalam setiap novel. Begitu banyak pengajaran yang boleh didapati untuk santapan jiwa. Agar jiwa yang rapuh dan lemah menjadi ampuh dan teguh. Juga amat berharap agar mereka yang di luar sana sudi memberi ruang dan peluang kepada NUR yang baru setahun jagung usianya. Beri kepercayaan dan sokongan kepada kami para penulis agar dapat meneruskan sumbangan kami yang tidak seberapa untuk menjana minda ke arah yang lebih baik. Jangan takut-takut untuk membeli novel NUR. Kata orang tak kenal maka tak cinta. Cubalah untuk kenal dahulu, InsyaAllah akan jatuh cinta kemudiannya.

Penulisan adalah santai dan tidak memerlukan pembaca memerah otak untuk memikirkannya. Jika anda semua meminati drama bersiri NUR KASIH di kaca TV, tidak salah jika anda juga berusaha untuk memiliki novel-novel NUR. Penggarapan cerita begitu santai, tidak ubahnya seperti drama NUR KASIH. Anda semua masih boleh terhibur selain akan mendapat ilmu pengetahuan melalui pembacaan-pembacaan novel NUR. Anda tidak akan berasa rugi setelah memilikinya.

Akhir kata dari Raihan Zaffya, marilah kita sama-sama memeriah dan memartabatkan novel-novel NUR ALAF 21 agar dapat berjalan seiring bersama-sama novel-novel popular.

0 ulasan:

 
Copyright suara hati... 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .