Followers

There was an error in this gadget

Monday, July 1, 2013

AKU CANTIK?

Alhamdulillah novel ke 4 Raihan Zaffya sudah pun sebulan lebih berada di pasaran. Kepada yang belum memiliki novel ini bolehlah dapatkannya di kedai-kedai buku
berhampiran atau melanggan terus dari Karangkraff Mall, pembelian secara online.


Sinopsis AKU CANTIK?


    RIMA seorang gadis yang tidak percaya pada cinta. Dia juga tidak sedar dirinya cantik dan comel. Sebaliknya, Juki dapat ‘melihat’ apa yang Rima tidak sedari. Namun, hati Rima terus terkunci untuk mencintai dan dicintai. 

Juki - “Bila aku dah habis belajar dan dah dapat kerja nanti, aku pinang engkau ya? Aku tak main-main. Sungguh-sungguh ni.” 

Rima - “Kak ngah! Cuba terangkan pada Juki ni, kita dengan Juki saudara, kan? Mana boleh nak pinang-pinang pulak? Lagipun kalau adik nak kahwin nanti bukan dengan Juki!” 

Juki yang membesar bersama Rima tetap bersabar menanti jawapan sejak sembilan tahun yang lalu. Dia faham Rima perlukan masa untuk menjadi gadis yang matang. 

Ketika Sulaiman hadir untuk mengintai-intai ruang di hatinya, Rima mulai tertanya-tanya... itukah cinta? 

Perasaannya jadi tidak menentu. Wajah Sulaiman asyik terbayang di ruang fikirnya. Rima mula keliru untuk memilih antara Juki dan Sulaiman. Haruskah dia melepaskan kedua-duanya? Apa perlu­nya cinta jika terpaksa korbankan perasaan? Gugur air mata Rima ketika berada di dua persimpangan. Namun, jodoh itu rahsia ALLAH, tiada siapa tahu apa akan terjadi.


Atau boleh juga melanggan dalam bentuk digital dengan harga yang lebih murah. Hanya rm10.90 saja anda akan tahu kesudahan cerita dalam AKU CANTIK?


http://emall.karangkraf.com/bookinfo.aspx?pid=101443e3-8578-4640-90ac-3172feb5dfef

0 ulasan:

 
Copyright suara hati... 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .